Saturday 26 January 2013

TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SEKERU


3.0         TUKUL
           Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut
       
3.1      TUKUL BESI
Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut .  Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum.  Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk  kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera  selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.

3.2      JENIS-JENIS TUKUL BESI
           i.  Tukul bongkol bulat
           ii. Tukul bongkul lurus
           iii.Tukul bongkol tirus

            3.2.1 Tukul bongkol bulat
Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am  seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
           3.2.2  Tukul bongkol lurus.
Kepala tukul ini  searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.

           3.2.3 Tukul bongkol tirus.
Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut  penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.

3.3      TUKUL LEMBUT
Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:
           i.  Tukul bongkol kulit
           ii. Tukul bongkol plastik
           iii.Tukul bongkol gangsa

           3.3.1  Tukul bongkol Kulit
Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .
           3.3.2  Tukul bongkol plastik  pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan  pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
           3.3.3  Tukul bongkol gangsa
Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.
3.4      Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
i.              Pastikan  bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii.            Jangan gunakan  tukul jika tangan berminyak
iii.           Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv.           Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v.            Gunakan  ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.
 3.5       PAHAT
Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu  sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa  atau tukul peumatik.

           3.5.1. Sudut mata pahat :  Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan     sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang  antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan  tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.     
     
LOGAM
SUDUT
Keluli
70%
Besi tuanganI
60%
Keluli serderhana
60%-70%
Loyang
45%-60%
Tembaga
45%
Aluminium
30%
3.7      Jenis-jenis pahat
Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam  bengkel       kejuruteraan  iaitu:
3. .    Pahat mata rata
.            ii.  Pahat mata bulat
   iii   Pahat mata bentuk intan
.            iv. Pahat mata lintang

            3.7.1. Pahat mata rata
Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.


 
               

             3.7.2. Pahat mata melintang
Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar.        


3.7.3.    Pahat mata bulat
               Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan             
                  penjuru bulat pada lubang yang dalam.
          

3.7.4.    Pahat mata bentuk intan
Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk  memotong kepingan logam.
                                   
3.7.5.    Pahat berkepala cendawan
Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan  boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.
 3.8.   Gaya memahat.


 
Gaya memahat amatlah penting  . Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata  pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat

      3.9.  Langkah keselamatan semasa memahat.
i.           Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan mengenai mata
ii.          Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum  memegang pahat.
iii.          Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv.         Jangan gunakan pahat  yang telah rosak untuk kerja memahat.
v.           Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.
vi.         Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii.       Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .  
 3.10.              PENGULIR DALAM
Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam.

i.              Tirus:  mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir. Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenohnya.
ii.            Sedang:  mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini   tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai
iii.                Pepat:  mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penoh hendak dipotong hingga kedasar .     

      3.11.      PENGULIR LUAR
Pengulir luar ialah alat  yang digunakan untuk memotong ulir skru luar,  disatu permukaan pengulir  ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya.  Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan  ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.
   
3.11.              JENIS-JENIS PENGULIR LUAR
i.              Pengulir luar padu :  Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spana yang sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan pengulir .

ii.            Pengulir luar bulat berbelah boleh  laras: mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih  atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.



iii.           Pengulir luar bulat berbelah boleh laras:  mempunyai dua amper pengulir  untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.


3.13.          LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .
        i.         Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja
                   yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan
                   mengulir.
           ii.        Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan
                      perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua  
                      pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk
                      ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.
   iii.    Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90%
           dengan bahan kerja) pada dua tempat.
   iv.    Sekiranya tidak tegak  tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali
           pengulir itu.
    v.    Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya
           telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah
           pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan
           tatal.
           vi.  Teruskan mengulir sehingga siap,  gunakan pengulir kedua jika
                 perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai  semasa mengulir
                 iaitu:

Bahan
Jenis leleahan
Keluli, kupram,gangsa
Minyak, minyak berlarut
Aluminium
Paraffin, minyak berlarut
Loyang, Besi tuangan
Kering (tidak perlu lelehan)
 
i.              Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.
ii.            Berikan perhatian yang lebih  apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.

3.14.            SEBAB-SEBAB PENGULIR  DALAM  PATAH
i.              Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.
ii.            Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.
iii.           Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.
iv.           Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v.            Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.

3.15.            SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM
i.              Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil

ii.            benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang contoh 1.


Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG  =  20-2(0.5413 x 2.5)
       =  20-2.71
       =  17.29 mm.

Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling amper besar dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi  mestilah sama dengan saiz  garispusat  kecil benang tersebut  tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang .  Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh ialah:
SG  = Garispusat besar –jarak benang.
Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5
SG  = 20 – 2.5
        = 17.5 mm.

No comments:

Post a Comment