4.1
ALAT-ALAT
PENGUKUR ASAS
Terdapat
berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa digunakan dalam kerja-kerja
menanda. Dibawai ini disenaraikan beberapa alat penting yang biasa digunakan
dalam bengkel kejuruteraan mekanikal.
·
Pembaris
keluli
·
Sesiku
bergabung
·
Angkup
luar dan angkup dalam
·
Jangka
tolok
·
Penubuk
·
Penggarit
·
Sesiku
L
·
Sesiku
serong
·
Jangka
sudut
·
Jangka
sudut vernier
·
Tolok
permukaan
4.1
LAKARAN
DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER

A)
BADAN
Berbentuk seperti sebilah pembaris
keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini
dinamakan skala utama.
B)
PLAT
VERNIER
Plat vernier mempunyai skala vernier
dan boleh digerak-gerakkan disepanjang badan.
C)
RAHANG
Terdiri daripada rahang tetep dan
rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan bahagian daripada badan .manakala
rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier.
D)
RUSUK
Berbentuk runcing dan terletak
disebelah atas. Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk
mengukur ukuran sebelah dalam.
E)
SKRU
PENGUNCI
Digunakan untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran
tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini dapat
mengurangkan kesilapan semasa mengukur.
F)
BILAH
PENGUKUR DALAM
Merupakan satu bilah kecil, boleh
digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila
rahang dibuka.
4.1
PRINSIP
ASAS SKALA VERNIER
Skala vernier digunakan
untuk membolehkan kita membaca tanpa teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak
diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier
mestilah :
i)
mempunyai
dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.
ii)
senggatan
pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.
iii)
Perbezaan
antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang
boleh dibuat.
4.4
Prinsip
asas skala vernier ialah:
1)
mempunyai
dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.
2)
senggatan
pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.
3)
perbezaan
antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang
boleh dibuat.
4.5 b. Bacaan pada
skala utama yang
terhampir dengan 1mm = 24 X 1 =
24.00mm
Bacaan skala vernier
senggatan ke-27 yang
sejajar dengan salah satu
pada skala utama = 27 X 0.02 = 0.54mm
Jumlah 24.54mm
4.1
LAKARAN
DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR

A)
BINGKAI
Bingkai berbentuk separuh
bulatan, mempunyai spindal dibahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah
kiri.
B)
ANDAS
Dipasang tetap disebelah
kiri bingkai. Bagi sesetengah andas, diletakkan tip tungsten karbida pada
bahagian mukanya supaya tidak cepat haus.
C)
SPINDAL
Dibahagian hujung sebelah
kanan terdapat benangyang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan
pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur ke
permukaan andas. Hujung sebelah kirinya juga diletakkan tip tungsten karbida.
D)
LARAS
Bahagiannya terdapat
senggatan-senggatan yang dibuat disebelah menyebelah garisan selari yang
menjadi datum kepada micrometer. Bahagian atasnya pula disenggatkan pula kepada
25 bahagian dan satu lsenggatan bersamaan 1mm. Manakala bahagian dibawahnya
pula senggatan dibuat membahagi dua senggatan diatas, bermakna satu garisan
bersamaan 0.5mm.
4.1
PRINSIP
ASAS MIKROMETER
Mikrometer
bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya mempunyai skru dengan pic
ulir 0.5 milimeter. Ia boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada
bidal, dimana apabila bidal diputarkan spindal akan bergerak maju atau mundur
ke permukaan andas. Oleh sebab itu pic ulir mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap
satuputaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu pusingan bidal,
pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm, maka tiap-tiap satu senggatan
bidal ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm.
Permukaan
andas dan spindal disebut muka ukuran kerana benda kerja diukur diantara dua
permukaan ini. Untuk memulakan satu-satu ukuran, angka sifar pada bidal
hendaklah sejajar dengan angka sifar pada laras.
No comments:
Post a Comment