Saturday 26 January 2013

Mencegah Kemalangan


PENGENALAN


           Para pengguna peralatan worksyop kejuruteraan am (memesin, kimpalan, menggegas dan foundri) sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai bahaya sekiranya peralatan tersebut disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan kerja-kerja di dalam worksyop. Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan woksyop wajib diketahui, dipelajari dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.

1.1       LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM

           Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:

i.              Tabiat bekerja
ii.         Keselamatan diri sendiri
iii.        Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
iv.        Kekemasan tempat bekerja atau worsyop

1.2                   Tabiat Berkerja

                       Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di dalam  woksyop bagi mencegah kemalangan dianataranya:

i.               Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii.             Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
iii.            Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv.           Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v.            Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali
  
1.3                 Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

i.              Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
ii.   Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang             panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
ii.            Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam     tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.
1.4                Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin
Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun secara umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
                         
i)             Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
ii)            Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.
1.5                           Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop
kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat mencegah daripada kemalangan tetapi juga meningkatkan kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira:
i)             Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.
ii)            Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai. Lap sehingga tiada kesan licin diatas lantai jika terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.
iii)           Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling mesin.
iv)           Ruang woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai tanda garis keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.
v)            Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
vi)           Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika berlaku kebakaran. 
1.16.1         Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan
                  memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas.
                       
      Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan   memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas adalah seperti berikut:


Diri
Perkakasan Memesin/ Mesin/Alat
Mesin Kimpalan Arka
Peralatan Kimpalan Gas
1.
Bagi menghidari daripada Kecederaan fizikal
 Bagi menghidari daripada Kerosakan
 Bagi menghidari daripada Kerosakan
Bagi menghidari daripada Letupan atau Kebakaran
2.
Pakaian hendaklah kemas dan sesuai
Pastikan dalam keadaan baik
Pastikan dalam keadaan baik
Pastikan dalam keadaan baik
3.
Pakai pakaian Keselamatan
Pastikan dalam keadaan baik
Sistem pengudaraan yang baik bagi mengelak dari terhidu gas beracun
Sistem pengudaraan yang baik
4.
Pakaian keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan
Tidak Rosak/ Penghadang keselamatan ditempat yang betul
Mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik
Periksa peralatan sebelum digunakan dan pastikan tiada kebocoran gas




1 comment:

  1. Casino Site | How To Find The BEST Online Casino
    Play septcasino casino online in the UK with our free slots and casino games, including poker, bingo, blackjack, roulette and 카지노 more. Plus enjoy a €50 1xbet korean free bonus

    ReplyDelete