5.0
PENGENALAN
Gerudi ialah yang digunakan
untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya
dibyat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada
keluli taha lasak dan tungsten karbida
|
MATA
GERUDI DAN MESIN GERUDI
5.1
Bahagian
utama dan fungsi gerudi pintal.
Gerudi pintal biasanya
digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah
heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya
berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut
kelegaan (lihat rajah 5.1(a)). Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan untuk
kerja-kerja khas iaitu:
(a)
Gerudi
pintal tiga lurah atau empat lurah
(b) Gerudi
pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi
Bentuknya sama dengan gerudi
pintal biasa, kecuali sudut heliknya sama ada lebih kecil atau lebih besar
daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30º. Keistimewaannya
ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat. Selain, itu
gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks
rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber),
asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.(Lihat Rajah 5.1(g) dan
5.1(h)).
BAHAGIAN-BAHAGIAN GERUDI PINTAL
BADAN
Badan
terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :
(a)
Hujung
mata
Hujung mata ialah bahagian
hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut kandung 118º, bibir
pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut
59º dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi.
(b)
Pusat
mata
Pusat mata menyerupai mata
pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi
pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan
logam.
(c)
Bibir
pemotong
Bibir pemotong atau bibir
pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan
lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat
sama panjang.
(d)
Lurah
Lurah terdapat disepanjang
bahagian badan.fungsinya ialah:
(i)
Untuk
membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon.
(ii)
Untuk
membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar.
(iii)
Untuk
membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.
(iv)
Untuk
memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.
(e)
Lengkang
lurah
Ia merupakan tebing yang
memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi ldan
lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.
Jidar merupakan tebing sempit
yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah untuk memberi telusan kepada
badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel. Geseran ini boleh
mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh
menyebabkan gerudi tersepit.
BATANG
Bahagian gerudi yang masuk
kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi yang dinamakan
batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
(a)
Batang
Lurus
Batang lurus khusus untuk
gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang (Rajah 5.8 (a)). Biasanya ia
dipegang dalam cuk gerudi (Rajah 5.9).

(b)
Batang
Tirus
Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang
mempunkyai saiz lebih daripada 13 mm (Rajah 5.8(b)). Batang jenis ini boleh
menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh ;dipasang pada spindal mesin melalui
liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11) bagi menyesuaikan saiz.
5.1
CARA
MENENTUKAN SAIZ GERUDI
Saiz gerudi terdapat dalam
empat sistem ukuran iaitu:
A)
Saiz
Dalam Sistem Metrik
Bagi gerudi jenis kecil,
saiznya ialah daripada 0.04 mm hingga 0.09 mm dalam langkauan 0.01 mm.
Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.5 mm hingga 20mm bagi jenis batang
lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus.
B)
Saiz
Dalam Sistem Pecahan
Gerudi mempunyai julat saiz
daripada 1/64 inci hingga 3 ¼ inci dalam langkauan 1/64 inci atau 1/32 inci.
C)
Saiz
Dalam Sistem Angka
Dalam sistem ini, saiz diberi
dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0.228 inci hingga angka 97 atau 0.0059
inci.
D)
Saiz
Dalam Sistem Huruf
Gerudi juga mempunyai saiz
daripada huruf A hingga Z. Gerudi yang bersaiz A merupakan saiz yang paling
kecil dalam set gerudi iaitu 0.234 inci manakala saiz Z pula merupakan saiz
yang paling besar iaitu 0.413 inci.
E)
Cara
Menguji Saiz Gerudi
Saiz gerudi boleh diuji atau
diukur dengan tolok gerudi (Gambar foto 5.1). tolok ini juga boleh didapati
dalam semua sistem saiz gerudi. Saiz
gerudi juga boleh diukur dengan mikrometer (Rajah 5.23). ukuran
hendaklah dibuat merentasi jidar gerudi. Selain menguji ataupun mengukur saiz
gerudi dengan menggunakan alat yang disebutkan tadi,saiz gerudi juga ditandakan
pada bahagian batangnya. Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila
gerudi itu selalu digunakan.
BAHAN MEMBUAT GERUDI
Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada
permukaan benda kerja yang mempunyai jenis bahan yang berbeza. Oleh itu saiz
dan bahan mata gerudi dibuat bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses,
dimana kebiasaannya saiz gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak
(high speed steel) manakala bagi gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada
keluli berkarbon tinggi (high karbon steel) atau tungsten karbida.
5.4 KAEDAH MENANDA
SEBELUM MENGGERUDI
Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi
mendapatkan kedudukan lubang yang tepat.
i)
Tandakan pusat lubang dengan
penebuk cucuk.
ii)
Buat dua bulatan, satu
daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu lagi kecil sedikit (Rajah
5.32). tujuannya ialah supaya pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi dapat
dilihat dengan mudah.
iii)
Tebuk pusat lubang tadi dengan
penebuk pusat.
iv)
Hidupkan mesin dan pastikan
;mata gerudi betul-betul diatas pusat
lubang.
v)
Periksa sama ada gerudi
berputar sepusat atau tidak sepusat. Cara mengujinya ialah dengan melihat kesan
mata gerudi, sama ada diatas pusat lubang atau terkeluar dari pusat lubang
(Lihat Rajah 5.33).
vi)
Sekiranya pemotongan terkeluar
dari pusat lubang, maka pusat lubang hendaklah diperbetulkan dengan cara
membuat satu l;engkang lurah atau alur dengan menggunakan pahat mata bulat
(Rajah 5.34). ini bermakna kedudukan pusat diubah.
NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI
Terdapat berbagai-bagai jenis
mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan dibengkel mesin dimana
kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada ianya jenis mudah alih atau
jenis tetep, diantaranya ialah :
1.
Mesin
gerudi tangan (hand drill)
2.
Mesin
gerudi tangan mudahalih (protable electric drill)
3.
Mesin
gerudi meja (bench drilling machine)
4.
Mesin
gerudi jenis tiang (biliar drilling machine)
5.
Mesin
gerudi jenis turus (column type drilling machine)
6.
Mesin
gerudi jejarian (radial arm drilling machine)
7.
Mesin
gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine)
8.
Mesin
gerudi banyak gandar (multi spindle machine)
Walaupun terdapat berbagai-bagai
jenis mesin gerudi pada masa kini nanum konsep asas dan bahagian-bahagian utama
mesin gerudi adalah sama. Gambarajah mesin gerudi dibawah menunjukkan nama-nama
bahagian pada sesebuah mesin gerudi.

PENGIRAAN KELAJUAN
PUSINGAN PENGUMPAR (PPM), KADAR SUAPAN DAN FAKTOR PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN
Kelajuan pemotongan ialah
pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter yang dikira apabila ia
berputar dalam masa satu minit.
Sebagai contoh, keluli lembut
mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per minit, ini bermakna spindal mesin
perlu berputar supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter dalam masa satu minit. Oleh sebab mata gerudi
terdiri daripada berbagai-bagai saiz, maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai
tingkat kelajuan.
Bilangan putaran spindal yang
perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang betul disebut putaran per minit
(PPM). Pada amnya gerudi kecil memerlukan bilangan putaran yang lebih banyak
dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar. Untuk menghitung kelajuan
spindal, perkara-perkara berikut perlu diketahui :
1.
Kelajuan
memotong bahan
2.
Garis
pusat mata gerudi
Formula
Untuk menghitug putaran per minit
Putaran per minit (PPM) = Kelajuan
memotong (meter per minit)
π
X Garis pusat (milimeter)
Unit meter perlu ditukarkan
kepada unit milimeter, oleh itu
Putaran per minit (PPM) = Kelajuan
memotong X 1000
π
X Garis pusat
iaitu, (PPM) = KP X
1000
πD
Contoh 5.1
Hitung kelajunan spindal yang
sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 15
milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak.
Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30 meter per minit.
PPM = KP
X 1000
πD
PPM
= 30 X
1000
3.142
X 15
=
636
Contoh 5.2
Hitung kelajuan spindal yang
sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 35
milimeter pada sekeping keluli lembut dengan kelajuan memotong 25 meter seminit.
Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis keluli tahan lasak.
PPM = KP
X 1000
πD
PPM
= 25 X
1000
3.142
X 35
=
227.2
KEBAIKAN
MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG
1. Menjimatkan kos gerudi. Penggunaan
bendalir pemotong menyebabkan gerudi lambat haus dan tahan lama, dan dapat
menjimatkan masa mengasah gerudi.
2. Meningkatkan produktiviti. Penggunaan
bendalir pemotong membolehkan kelajuan mesin yang tinggi digunakan, dan
kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih pantas lagi.
3. Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran
dapat dikurangkan, mesin-mesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan.
4. Meningkatkan mutu. Gerudi dapat melakukan
pemotongan dengan baik dan berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang
baik dan kerja yang tepat.
5. Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja
menukar alat, dan mengasah mata alat dapat dikurangkan.
5.12 LANGKAH
MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI
i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak
penyimpan mata gerudi setiap
kali selepas ianya digunakan.
ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya
berkarat.
iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak
digerudi.
iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan
sekali-
kali mencengkam terlalu hampir
dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan
mata gerudi mudah patah.
5.13 LANGKAH
KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI
Mesin
gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang
kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. Berikut
adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi.
1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa
menggunakan cermin mata keselamatan.
2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih
dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh. Bersihkan minyak, bendalir pemotong
dan tatal pada lantai.
3. pastikan hanya seorang jurumesin yang
bekerja sewaktu mesin beroperasi.
4. gunakan berus dan bukannya kain untuk
membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti.
5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja
mempunyai ruang kelegaan sebelum memulakan kerja.
6. pastikan spindal tidak berputar semasa
kerja pengukuran atau pengujian dilakukan
7. matikan suis ketika menukar mata gerudi
dan selepas operasi menggerudi dilakukan.
No comments:
Post a Comment