Saturday 26 January 2013

Alat-Alat Tangan


ALAT-ALAT TANGAN
2.O     PENGENALAN:
                Dalam kerja mengegas pelajar mestilah faham dan mahir mengunakan  peralatan tangan untuk menghasikan kerja yang bermutu dan ukuran yang tepat
2.1             MENANDA DAN MENYUSUN TANDA
               Dalam memilih alat-alat menanda  dan mengukur ditentukan kepada ketepatan yang di kehendaki. Sekiranya  ukuran-ukuran dalam lukisan tidak di beri dalam titik perpuluhan maka bolihlah dianggap bahawa penandaan tidak memerlukan alat yang gitu.
2.2          TAKRIFAN MENYUSUN TANDA
              Dalam  bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat. Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan hendak memesin atau mengegas. Dengan menanda kita kita dapat mengetahui berapa banyak kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi tandaan biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat mengukur atau menguji.

       2.3.3      PENEBUK PUSAT.
                     Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan            tandaan(raj.2.4)supaya tandaan tidak hilang walau pun garisan yang dibuat itu  terpadam. Penebuk pusat juga digunakan sebagai penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak membuat  lubang.  pusat  yang di tandakan perlu di ketuk perlahan –lahan terlebih dahulu, apabila  telah pasti kedudukan nya tepat  bolihlah diketuk lebih kuat supaya lubang nya lebih dalam. Lihat ( Raj 2.4a)      
                    2.3.23    JANGKA SUDUT VERNIAR  (Raj.2.34)
                      Kegunaannya:
        i.  Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan bolih di baca  sehingga    kepada 5 darjah  atau ½ “
                ii   Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut          
                     
Rajah.  2.4.0            Bahagian-bahagian Gergaji Besi

i.Bingkai
ii.    Hulu
iii.   Nat pelaras
iv.    Mata
         2.4.1    Bingkai.
                    Terdapat 2 jenis
         i.  Bingkai tetap
        ii. Bingkai boleh laras
         2.4.2    Hulu
                    Terdapat dua jenis
        i. Hulu pistol
          ii Hulu lurus 
          2.4.3    Nat pelaras
         Nat pelaras membolehkan mata gergaji boleh ditegangkan
          2.4.4    Mata gergaji
         Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli tahan lasak, keluli  aloy tungsten dan keluli aloi molidenum. Pemiliham mata gergaji tertakluk kepada jenis bahan yang hendak di potong dan ketebalan logam. G.S.I.ialah bilangan mata gergaji dalam seinci.Mata gergaji terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata gergaji tidak tersepit semasa kerja memotong dijalankan.Rajah dibawah menunjukan jenis kuak mata gergaji(Raj. 2.3.1, 2.3.2 dan 2.3.4)
2.4.5    Pengunaan Gergaji
                       Perkara yang berikut perlu diberi perhatian semasa memotong logam   dengan menggunakan gergaji besi.
i.      Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah mata gergaji mestilah  menghadap ke arah pemotongan (Raj. 2.4.1)
ii.    Pegang logam yang hendak dipotong dengan betul (Raj. 2.4.2)
iii.   Mula-mula potong dengan perlahan-lahan( Raj.2.4.3) Gunakan ibu jari sebagai panduan dan mulakan untuk  memotong,  apabila  sudah kelihatan tanda,  lakukan sorongan yang panjang dan tetap. Kelajuan memotong untuk gergaji lebih kurang 40 sorongan seminit.
iv.   Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan sebelah tangan.
v.    Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur, angkat gergaji sedikit  tetapi jangan ditarik ini akan menumpulkan mata gergaji.
       2.5.1.      Pengkelasan Kikir
        Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan   kasar atau halus matanya
             Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya(Raj.2.4.1)
             Bentuk kikir  -  Kikir yang biasa digunakan berbentuk                                    segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.
       2.5.2      Jenis potongan gigi (Raj.2.4.2)  
                     i. Gigi selari
             ii. Gigi bersilang
             iii.Gigi lengkong
                     iv.Gigi Parut
i.      Kasar atau halusnya gigi bergantung pada berapa rapat gigi tersebut  dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir boleh dikelaskan  paling kasar, kasar, sederhana halus dan sangat halus.
 2.5.3.  Jenis-kikir kikir
 Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan permukaan yang licin pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat.. Kikir yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan:
i.      Kikr pipih tirus                                        viii. Kikir bentuk  pisau
ii.    Kikir pipih kasar
iii.   Kikir belah rotan
iv.   Kikir bulat
v.    Kikir segiempat sama
vi.   Kikir segitiga
vii.  Kikir pipih nipis
2.7.0    Langkah Keselamatan /penjagaan kikir
                          i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang sesuai
          ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi  yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakan mata kikir dan bendakerja  jika dibiarkan tanpa dibersihkan
iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan diletakkan  dirak yang khas setiap satu di simpan berasingan
iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir
v.   Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir. Kikir  yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras
vi.  Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia   mudah  berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelinjir  semasa mengikir
vii.  Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir
viii.  Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan kikir yang halus
2.7.1   “Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan, bukan saja kelancaran mengikir tergangu tetapi akan mencalarkan permukaan logam yang dikikir.Untuk mengelakan gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan atau loyang kerana gigi kikir tidak boleh mengigit bahan kerja itu






No comments:

Post a Comment