Tuesday 11 December 2012

Taklimat Penawaran Program Master Engineering UTeM

           
Taklimat Penawaran Program Master Engineering UTeM             Pada 3 Oktober 2012, Unit RnD & Projek Jabatan Kejuruteran Mekanikal telah mengadakan satu majlis Penerangan Ringkas tentang Penawaran Sambungan Pengajian di UTeM Melaka. Hebahan peluang pengajian Master dan Phd tersebut telah disampaikan sendiri oleh Penyelaras Pengajian Pesisir, En Mohammad Nizam dan Ketua Jabatan Proses Pembuatan, Dr Nur Izan Syahriah binti Hussein.
Pengajian Sesi 2013 bagi Master of Manufacturing Engineering (offshore program PKB) telah ditawarkan kepada semua staf kelulusan Degree Kejuruteraan beserta pengalaman dan akan bermula pada Februari tahun hadapan. Sesi pengajiaan serta penilaian akan berpusat di PKB sahaja selama 4 semester ( 2 tahun )pada hari Jumaat dan Sabtu 8pg~5.00ptg.  Yuran yang diperuntukkan hanya RM4500 satu semester. Sebenarnya UTeM telahpun memiliki seramai 17 orang pelajar dari kalangan staf JKE yang telahpun berada di Semester III. Satu berita baik kepada semua staf yang berminat…. Jika ingin meneruskan cita-cita murni ini sila hubugi En Zamri Yusof atau En Ahmad Omar JKM.

Perlumbaan EIMARACE 2012





            
Perlumbaan EIMARACE 2012             Seperti tahun-tahun yang  lalu, Politeknik Kota Bharu tahun ini telah menghantar  satu pasukan yang dianggotai seramai 16 orang pelajar dari kelas projek automotif untuk menyertai pertandingan perlumbaan kereta ‘EIMARACE’ 2012 di UTM International Campus Kuala Lumpur dan Litar Dato Sagor Perak.
Pasukan Politeknik Kota Bharu yang diberi nama APONTEZ telah berjaya meraih di kalangan 15 pasukan  terbaik daripada 48 pasukan yang bertanding.Pertandingan ini  dianjurkan oleh Malaysian Institute Japan Technology (MIJT) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM).Pertandingan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pembentangan  analisa rekabentuk dan sesi perlumbaan sebenar. Sesi pembentangan diadakan pada 12-13 september  di UTM International Campus dan diikuti pula sesi perlumbaan sebenar pada 15-16 september di Litar Dato Sagor Perak.Ia merupakan pertandingan merekacipta dan membina sebuah kereta lumba yang berkonsepkan kerangka formula 1, berkuasakan engine motosikal  4 lejang dan spesifikasi enginnya tidak melebihi 130cc. Projek kereta lumba ini dihasilkan oleh 16 pelajar tersebut dan dipantau oleh pengurus pasukan dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Automotif.
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal ,menguji daya kreativiti  dan kemahiran serta menjana idea-idea baru para pelajar dalam  dunia teknologi motorsport khususnya dalam bidang kejuruteraan automotif. Implikasi dan impak daripada pertandingan ini akhirnya dapat diterjemahkan ke arah aspek pembangunan kejuruteraan automotif yang lebih baik dan bersesuaian dengan nama sebenar EIMARACE  iaitu Educational Innovation Of Motorsport & Automotif Race.