PENGENALAN
1.1 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH
KEMALANGAN AM
Terdapat empat faktor utama untuk
menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:
i.
Tabiat
bekerja
ii. Keselamatan diri sendiri
iii. Keselamatan semasa menggunakan
peralatan mesin
iv. Kekemasan tempat bekerja atau worsyop
1.2 Tabiat Berkerja
i.
Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii.
Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri
sendiri
iii.
Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan
sekelas
iv.
Menumpukan
sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v.
Tidak
gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali
1.3
Keselamatan Diri Sendiri
Kebanyakkan kemalangan
berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek keselamatan. Faktor
kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
i.
Pakai
pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang
dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel
kimpalan arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin
larik.
ii. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek.
Rambut yang panjang boleh
tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
ii.
Jangan
bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang
perhiasan seperti jam tangan, cincin,
rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat
lain.
1.4 Keselamatan Semasa Menggunakan
Peralatan Mesin
Langkah keselamatan semasa
menggunakan mesin akan diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun
secara umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
i)
Setiap
mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
ii)
Elakkan
daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar, hujung
mata penggarit.
1.5
Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop
kekemasan dan kebersihan
tempat kerja bukan sahaja dapat mencegah daripada kemalangan tetapi juga
meningkatkan kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil
kira:
i)
Jangan
biarkan alatan bersepah diatas lantai.
ii)
Elakan
daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai. Lap sehingga tiada kesan
licin diatas lantai jika terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.
iii)
Jangan
biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling
mesin.
iv)
Ruang
woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai tanda garis
keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.
v)
Woksyop
hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
vi)
Alatan
pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang sesuai, mudah
dilihat dan dicapai jika berlaku kebakaran.
1.16.1
Perbezaan diantara keselamatan diri
alat,mesin,perkakasan
memesin,mesin kimpalan arka dan
kimpalan gas.
Perbezaan diantara keselamatan diri,
alat, mesin, perkakasan memesin,mesin
kimpalan arka dan kimpalan gas adalah seperti berikut:
|
Diri
|
Perkakasan
Memesin/ Mesin/Alat
|
Mesin
Kimpalan Arka
|
Peralatan
Kimpalan Gas
|
1.
|
Bagi
menghidari daripada Kecederaan fizikal
|
Bagi menghidari daripada Kerosakan
|
Bagi menghidari daripada Kerosakan
|
Bagi
menghidari daripada Letupan atau Kebakaran
|
2.
|
Pakaian
hendaklah kemas dan sesuai
|
Pastikan
dalam keadaan baik
|
Pastikan
dalam keadaan baik
|
Pastikan
dalam keadaan baik
|
3.
|
Pakai
pakaian Keselamatan
|
Pastikan
dalam keadaan baik
|
Sistem
pengudaraan yang baik bagi mengelak dari terhidu gas beracun
|
Sistem
pengudaraan yang baik
|
4.
|
Pakaian
keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan
|
Tidak
Rosak/ Penghadang keselamatan ditempat yang betul
|
Mempunyai
pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik
|
Periksa
peralatan sebelum digunakan dan pastikan tiada kebocoran gas
|
Casino Site | How To Find The BEST Online Casino
ReplyDeletePlay septcasino casino online in the UK with our free slots and casino games, including poker, bingo, blackjack, roulette and 카지노 more. Plus enjoy a €50 1xbet korean free bonus